Tuesday, November 18, 2008

antara bekerja dan belajar


kalau kita pergi bekerja,
dapat wang hasil titik peluh,
kalau kita pergi belajar,
pinjam wang tak cukup sepuluh,
kalau kita pergi bekerja,
orang nampak rajinnya kita,
kalau kita pergi belajar,
orang nampak pandainya kita,
kalau bekerja boleh cari tulang,
kalau belajar boleh juga,
tak datang kerja minta MC,
tak datang kuliah minta MC juga,
lagi lama kita bekerja,
lagi banyak harta kita,
lagi lama kita belajar,
lagi banyak ilmu kita.

tapi harta digunakan habis,
ilmu digunakan makin bertambah,
kerana harta orang berhasad,
kerana ilmu orang berpakat,
kurangnya harta membawa derita,
kurangnya ilmu membawa bencana.

fikirkanlah jalan mana yang patut anda lalui.

No comments:

Anda suka puisi?