Wednesday, November 19, 2008

Yang Hitam


Hitam itu satu warna,
antara warna yang selalu dihina,
begitu sinonim dengan kejahatan,
begitu hampir dengan kegelapan,
selalu dianggap kotor,
selalu dilabel seram,

kalau diangkasa ada lubang hitam,
ada bintang sudah mati,
kalau ternampak lembaga hitam,
ada sesuatu yang tidak kena,
kalau lebam menjadi hitam,
ada orang sakit teruk,
kalau hati menjadi hitam,
tidak akan dapat hidayah,

tapi sedarkah kita,
hitam juga punya keistimewaaan,
arang itu hitam,
jintan ada yang hitam,
hajjarul aswad bererti batu hitam,
hitam itu menawan,
kerana fitrahnya,
tidak boleh diubah,
kerana cantiknya,
tersirat dan tersembunyi,
hanya untuk yang memahami

yang hitam juga punya hati,
yang hitam juga punya perasaan,
yang hitam juga punya pekerti,
yang hitam juga punya kemuliaan.

bukanlah semua yang putih itu mulia,
sebab ada jenayah berkolar putih,
bukanlah semua yang putih itu bersih,
tahi lelayang putih juga,
bukanlah semua yang putih itu berbudi,
orang putih tak kurang yang biadab
bukanlah semua yang putih itu asli,
michael jackson asalnya hitam juga.

sekadar puisi sinis untuk mengecam pelbagai pihak.

No comments:

Anda suka puisi?