Lagu ini diterjemah dari versi nyanyian Ally Noor & Mastura
Jika ada kesilapan, harap dimaafkan [kalau boleh dibetulkan, sangat dihargai]. Saya cuba yang terbaik untuk menterjemah.
Lirik asal:
Babelok jalan ka biaro,
Dima hati indak ka rusuah,
Ayam den lapeh,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Kayu Jati,
Dima hati indak kamaupek,
Awak takicuah,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Sikucapang, siku capeh,
Saeko tabang, siku lapeh,
Tabanglah juo nan karimbo,
Oilah malang juo,
Pagaruyuang Batusangka,
Tampek bajalan urang Baso,
Duduak tamanuang tiyok sabanta,
Oi takana juo,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Den sangko lamang nasi tuai,
Kironyo tatumpah kuah gulai,
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Lirik Bahasa Melayu
[//Penerangan Tambahan]:
Luruslah jalan Paya Kumbuh,
Berbelok jalan ke Biaro,
Dimana hatiku tidak resah,
[//bagaimana saya tidak resah]
ayamku terlepas.
Oi oi ayamku terlepas.
Mendaki jalan Pandai Sikek,
menurun jalan Kayu Jati,
dimana hatiku tidak mengumpat,
[//bagaimana hati tidak mencaci @ mengeji]
awak sudah tertipu.
[//awak merujuk kepada diri @ bermonolog sendirian]
Oi oi ayamku terlepas.
Seekor capang,
[//capang = cacat kerana terlebih]
seekor capik,
[//capik = cacat kerana terkurang]
seekor terbang,
seekor terlepas,
terbanglah jua nan ke rimba.
hai lah malang jua.
Pagar Ruyung Batu Sangkar,
tempat berjalan orang baso,
[//baso ada 2 erti, bahasa atau nama tempat]
duduk termenung tiap sebentar,
[//berkali-kali @ setiap masa (pembetulan: duduk termenung tidur sebentar)]
hai terkenang jua.
Oi oi ayamku terlepas.
Kusangka lemang nasi tuai,
[//sejenis makanan]
kiranya tertumpah kuah gulai,
awak ke pasar sudah selesai,
[//pasar sudah tutup]
alangkah malangnya diri ku.
Oi oi ayamku terlepas.
Interpretasi:
1. Lagu ini membawa maksud yang simbolik, seorang yang beristeri empat atau mempunyai empat orang kekasih yang mana malang menimpa dirinya kerana keempat-empatnya manjauhkan diri darinya. Ini kerana kemungkinan ada seseorang (orang kelima - kemungkinan kekasih barunya) yg membuat hal menyebabkan yang empat orang itu merajuk membawa diri. [interpretasi ini adalah tepat jika kita mengambil kira empat ekor ayam, dimana setiap seekor darinya capang, capik, terbang, dan terlepas ke rimba. Dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog sendirian]
2. Lagu ini menggambar seorang lelaki yang cuba menambat hati dua perempuan dalam satu masa. Tapi, setiap perlakuannya semuanya sia-sia sahaja. [interpretasi ini adalah benar jika kita anggap cuma ada 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke rimba. dan jika kita perhatikan, perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat]
3. Seorang peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. [adalah tepat jika diperhatikan perbuatan menuju ke pasar, dan frasa awak takicuah (@saya tertipu)]
Fakta Tambahan:
-Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah nama-nama tempat di Sumatera Barat
-Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya Kumbuh dan Batu Sangkar. Istana Besar Pagar Ruyung sudah terbakar pada 27 Februari 2007
-Lemang Nasi Tuai merujuk kepada Pulut Kuning [tepat jika kita melihat konteks ayat. Lemang Nasi Tuai yang disangka sebenarnya nasi yang berkuah gulai. Gulai dalam hal ini ialah gulai kuning .]
-Resipi Nasi Tuai @ Pulut Kuah Santan disini. Jika merujuk kepada resipi ini, Nasi Tuai ialah makanan yang manis. Manakala gulai adalah masakan yang biasanya pedas. Jadi, jika dikaitkan dengan situasi lelaki itu, dia mahukan sesuatu yang disangka manis tapi rupanya realiti tidaklah semanis yang disangkanya