Tuesday, November 18, 2008

Pembesar Suara


sebuah kotak
hitam legam
isinya magnet
dan wayar
bila berbunyi
bisingnya amat
bingit ditelinga

apa ada pada pembesar suara?
bertujuan menguatkan bunyi
membantu orang meninggikan suara
dari input yang diterima
dari sebuah mikrofon
kononnya
dapatlah semua mendengar
tetapi
telinga terbuka tanpa penutup
mudah sahaja dipekakkan
seolah-olah
tiada pembesar suara
lalu
tiada pemahaman
tiada persetujuan
tiada toleransi
dan bermula kontrovesi

persepsiku terhadap mereka yang menjadi boneka untuk menyampaikan maklumat palsu, dan sikap masyarakat yang tidak ambil peduli hal-hal yang berlaku di sekitar mereka.

No comments:

Anda suka puisi?