Friday, July 3, 2009

Bertemu Sekejap



Semalam kita bertemu,
hari ini kita bergembira,
esok kita berpisah
begitulah lumrah dunia,
berkawan, berteman, bersaudara,

tetapi,
ingatlah sahabat,
pada hari itu,
kawan bisa menjadi seteru,
melainkan mereka yang bertaqwa,

kupaslah erti taqwa,
kalimah tauhid sandarannya,
moga kasih sayang kita,
kekal selamanya,

doaku untukmu teman,
walau sekejap pertemuan,
kumahu kau temani ku disana,

kerana kasih sayang kita,
kekal selamanya...

untuk rakan-rakan taulan, moga ukhwah yang kita bina berkekalan selamanya.

No comments:

Anda suka puisi?