ada ketika kita rasa ingin meluahkan isi hati, lalu minda berfikr bagaimana untuk meluahkannya, agar emosi itu difahami dan dirasai seisi alam.
Sunday, March 29, 2009
Diri yang sempurna
Punyai mata yang celik,
miliki telinga yang dengar,
dianugerahi akal yang cerdik,
ada fizikal yang tidar terketar
tapi mengapa kau buta,
pabila diperlihatkan kenyataan,
tapi mengapa kau tuli,
tika deperdengarkan kebenaran,
dimana akalmu yang cerdik itu,
apabila bersaing dengan nafsu,
mengapa tubuh gagah itu,
longlai di lembah kemaksiatan
kemana hilang suara hati...
tidakkah kau temui dikala mengalunkan alquran?
tidakkah kau temui dikala bersendirian?
pernahkah kau dengari bisikkan nurani,
yang mengnjur pada keagungan tuhan?
mengapa bisu bibirmu dari zikrullah,
sudah terjangkit oleh al wahn?
mencintai dunia dan membenci mati,
dunia cuma persinggahan sementara,
sedangkan mati itu pasti,
bagaimana kau mahu lari?
ya muhaimin,
peliharalah daku dalam peganganan talimu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment