ada ketika kita rasa ingin meluahkan isi hati, lalu minda berfikr bagaimana untuk meluahkannya, agar emosi itu difahami dan dirasai seisi alam.
Saturday, March 28, 2009
jangan hilang wahai bintang
kala malam melabuhkan tirai,
ke renung ke langit kelam,
dari jendela kamar,
lalu ku tertarik,
akan kerlipanmu,
megah bersinar,
meyerlah ruang angkasa,
ingin ku bertanya padamu,
mengapa kau disitu,
mengapa kau begitu menarik,
mengapa kau ingin ku gapai,
mengapa kau menjadi pilihanku,
ku keliru bintang,
ku celaru memikirkanmu,
ku pening mencari tujuan,
katanya bintang menjadi panduan,
tapi ku seolah hilang pedoman,
kerana asyik dengan keindahanmu.
wahai bintang,
terima kasih kerana menyinari malamku,
walau ku tahu,
ku tak mungkin milikimu,
tapi ku percaya,
pasti ramai yang lebih gembira,
dengan kehadiranmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment