Wednesday, November 19, 2008

Kenali Fahami Cintai


telah ku cuba untuk mengenalimu,
dan aku temui,
sebongkah ais di kutub utara,
yang hanya timbul sebahagian kecil,
dan selebihnya tenggelam dilautan kelam,
yang bisa menyebabkan titanik karam,

telah ku cuba untuk mengenalimu,
dan kupaksa diriku untuk mengembara,
menjelajahi ruang hatimu,
untuk kucari dimana untuk bertapak,
namun ruang yang luas itu telah kau kecilkan,
telah kau isi dengan cita,
telah kau isi dengan keluarga,
dan telah kau pagarkan untuk cinta,

telah ku cuba untuk mengenalimu,
dan aku temui kekesalan,
kerana belum lagi mengenalimu,
jauh sekali untuk memiliki,
apatah lagi mendengar denyutan nadi,

telah ku cuba untuk mengenalimu,
dan ku perjudikan rasa cinta,
untuk mengintai tabir rahsia,
namun ku gagal melihat,
kerana tembok kukuh yang telah kau bina,

telah ku cuba mengenalimu,
dan ternyata aku kecewa,
kerana aku tidak mengenalimu sepenuhnya,
tapi ku menjadi bingung,
dimana hadirnya rasa cinta?

ku kagumi tapi tidak kufahami,
ku ingin miliki tapi ku tidak mampu,
ku ingin menyintai tapi adakah ruang bagiku?

andai kata aku diperlukan,
bukakanlah pintu hatimu,
agar dapat ku kenali,
siapakah dirimu.

sudah kujadikan satu kemestian, setiap sepuluh entri akan bersifat lebih personal. puisi ini asalnya untuk menjawab sebuah lagi puisi yang bertajuk andai kau kenaliku.

No comments:

Anda suka puisi?