Sunday, May 23, 2010

Ayam Den Lapeh [dengan Lirik Bahasa Malaysia]

Sila ambil perhatian lagu Ayam Den lapeh ada banyak versi.
Lagu ini diterjemah dari versi nyanyian Ally Noor & Mastura
Jika ada kesilapan, harap dimaafkan [kalau boleh dibetulkan, sangat dihargai]. Saya cuba yang terbaik untuk menterjemah.

Lirik asal:

Luruihlah jalan Payo kumboh,
Babelok jalan ka biaro,
Dima hati indak ka rusuah,
Ayam den lapeh,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Kayu Jati,
Dima hati indak kamaupek,
Awak takicuah,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Sikucapang, siku capeh,
Saeko tabang, siku lapeh,
Tabanglah juo nan karimbo,
Oilah malang juo,

Pagaruyuang Batusangka,
Tampek bajalan urang Baso,
Duduak tamanuang tiyok sabanta,
Oi takana juo,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Den sangko lamang nasi tuai,
Kironyo tatumpah kuah gulai,
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai,

Oi Oi… ayam den lapeh,


Lirik Bahasa Melayu
[//Penerangan Tambahan]:

Luruslah jalan Paya Kumbuh,
Berbelok jalan ke Biaro,
Dimana hatiku tidak resah,
[//bagaimana saya tidak resah]
ayamku terlepas.
Oi oi ayamku terlepas.

Mendaki jalan Pandai Sikek,
menurun jalan Kayu Jati,
dimana hatiku tidak mengumpat,
[//bagaimana hati tidak mencaci @ mengeji]
awak sudah tertipu.
[//awak merujuk kepada diri @ bermonolog sendirian]
Oi oi ayamku terlepas.

Seekor capang,
[//capang = cacat kerana terlebih]
seekor capik,
[//capik = cacat kerana terkurang]
seekor terbang,
seekor terlepas,
terbanglah jua nan ke rimba.
hai lah malang jua.

Pagar Ruyung Batu Sangkar,
tempat berjalan orang baso,
[//baso ada 2 erti, bahasa atau nama tempat]
duduk termenung tiap sebentar,
[//berkali-kali @ setiap masa (pembetulan: duduk termenung tidur sebentar)]
hai terkenang jua.
Oi oi ayamku terlepas.

Kusangka lemang nasi tuai,
[//sejenis makanan]
kiranya tertumpah kuah gulai,
awak ke pasar sudah selesai,
[//pasar sudah tutup]
alangkah malangnya diri ku.
Oi oi ayamku terlepas.

Interpretasi:
1. Lagu ini membawa maksud yang simbolik, seorang yang beristeri empat atau mempunyai empat orang kekasih yang mana malang menimpa dirinya kerana keempat-empatnya manjauhkan diri darinya. Ini kerana kemungkinan ada seseorang (orang kelima - kemungkinan kekasih barunya) yg membuat hal menyebabkan yang empat orang itu merajuk membawa diri. [interpretasi ini adalah tepat jika kita mengambil kira empat ekor ayam, dimana setiap seekor darinya capang, capik, terbang, dan terlepas ke rimba. Dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog sendirian]

2. Lagu ini menggambar seorang lelaki yang cuba menambat hati dua perempuan dalam satu masa. Tapi, setiap perlakuannya semuanya sia-sia sahaja. [interpretasi ini adalah benar jika kita anggap cuma ada 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke rimba. dan jika kita perhatikan, perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat]

3. Seorang peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. [adalah tepat jika diperhatikan perbuatan menuju ke pasar, dan frasa awak takicuah (@saya tertipu)]

Fakta Tambahan:

-Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah nama-nama tempat di Sumatera Barat

-Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya Kumbuh dan Batu Sangkar. Istana Besar Pagar Ruyung sudah terbakar pada 27 Februari 2007

-Lemang Nasi Tuai merujuk kepada Pulut Kuning [tepat jika kita melihat konteks ayat. Lemang Nasi Tuai yang disangka sebenarnya nasi yang berkuah gulai. Gulai dalam hal ini ialah gulai kuning .]

-Resipi Nasi Tuai @ Pulut Kuah Santan disini. Jika merujuk kepada resipi ini, Nasi Tuai ialah makanan yang manis. Manakala gulai adalah masakan yang biasanya pedas. Jadi, jika dikaitkan dengan situasi lelaki itu, dia mahukan sesuatu yang disangka manis tapi rupanya realiti tidaklah semanis yang disangkanya

Saturday, May 22, 2010

Where We Stand

Oh my god,
oh my dear,
Why are you not standing here,

Come with me stand on this ground,
It is much safer,
Than become a cliff hanger,

No my dear,
No I would not,
I am not hanging without a knot,

Here is the way,
To get to the other town,
Because the ground your standing is about to go down,

Oh my dear,
Oh my god,
How do you know it is safer abroad

I am fine,
I am standing tall,
there is not even a ripple to make me fall,

yes my dear,
yes it is,
Thats what I hear from the streets,

Come with me,
Make a move,
Do not wait until everything is proofed,

Oh My God,
Oh my dear,
Are you affirm of what you hear,

I am suspicious,
I am doubt,
What are you really hearing about

Oh god please save you,
There is no time to argue,
Your ignorance have no room,
Lets save ourselves before doom

Oh dear get your facts straight,
What if you are wrong that i am afraid,
Do not rush to act a stupid,
as you will have a regret for it,

Where you stand is your choice,
I will go through this mountain,
I prefer the risk to explore,
Than dying in vain waiting

I will stay is my choice,
I prefer to wait by the fountain,
Where I stand is the core,
I risk death while protecting,

Oh dear please listen to me,
This not something you could fight,
The nature is not on our side,
Keep on living is our right

Oh my god will never leave me,
he will guide me with a light,
The nature will always bide,
As i can see through my sight

No it is not today,
Today is when you go astray,
If you ignore what i say,
You will regret even if you pray,

oh my dear your safety i pray,
i will never regret my stay,
In many days it is today,
I say my prayers in many ways

Oh my god,
Oh my dear,
May god bless you here,

Oh my god,
Oh my dear,
May god bless you forever

Thursday, May 13, 2010

Saya Tidak Mahu Kehilangan Satu Perkara - Tukang Besi Udara


Saya tidak mahu kehilangan satu perkara-Tukang Besi Udara

lagu asal : I don't want to miss a thing - Aerosmith

saya boleh terus berjaga hanya untuk mendengar awak bernafas,
memerhatikan awak ketika awak sedang tidur,
ketika awak jauh di dalam mimpi,
saya boleh luangkan hidup saya dalam penyerahan kemanisan ini,
saya boleh tetap sesat dalam saat ini selamanya,
setiap saat yang diluangkan bersama awak ialah saat yang berharga

Tidak mahu menutup mata saya,
saya tidak mahu tidur,
kerana saya akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,
kerana walaupun saya mimpikan awak,
mimpi yang terindah tidak akan buat,
saya masih akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,

Berbaring hampir dengan awak merasakan denyutan jantung awak,
dan saya tertanya apa yang awak mimpikan,
tertanya adakah saya yang awak lihat,
kemudian saya kucup mata awak,
dan terima kasih tuhan kita bersama,
saya hanya mahu kekal bersama awak disaat ini selamanya,
selamanya dan setiap masa,

Saya tidak mahu menutup mata saya,
saya tidak mahu tidur,
kerana saya akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,
kerana walaupun saya mimpikan awak,
mimpi yang terindah tidak akan buat,
saya masih akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,

saya tidak mahu kehilangan satu senyuman,
saya tidak mahu kehilangan satu kucupan,
saya hanya mahu bersama awak
betul disini bersama awak, hanya seperti ini,
saya hanya mahu pegang rapat awak,
rasakan jantung awak dekat dengan jantung saya,
dan hanya tunggu disini dalam saaat ini,
untuk masa yang selebihnya,
yeah yeah YEAH,

Saya tidak mahu menutup mata saya,
saya tidak mahu tidur,
kerana saya akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,
kerana walaupun saya mimpikan awak,
mimpi yang terindah tidak akan buat,
saya masih akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,

Saya tidak mahu menutup mata saya,
saya tidak mahu tidur,
kerana saya akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,
kerana walaupun saya mimpikan awak,
mimpi yang terindah tidak akan buat,
saya masih akan kehilangan awak,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,

Tidak mahu menutup mata saya,
saya tidak mahu tidur,
dan saya tidak mahu kehilangan satu perkara,

sekian, terima kasih...

Anda suka puisi?